Monday, December 29, 2008

But last night..


Everytime when Maghrib azan is sprinkled through our ear.. spread all over the earth, its a mark of a new day in Islam. But last night.. it was a bigger.. big big mark. Another year have gone another year rise. Its the new year. We are at 1430 now. Muhasabah is what should we do. Not Annually but daily. So what are we waiting for.. Muhasabah.. make a move.. Maal Hijrah... may Allah with us.

Sunday, December 28, 2008

This is my family..


inilah aku.. isteriku.. anak-anakku
what a wonderful world...
so nice to have them around me.
So special.. so meaningful.







bergambar di Penang Bird Park Seberang Jaya

Saturday, December 13, 2008

Blog terbaru dari joe franko.. This is RARE.. heheh


Memperkenalkan.. kisah Alam dan Manusia (bunyi macam subjek masa aku skola rendah dulu) dengan url dia ade subjek SPM lak Biologi. Apakah isinya? apakah yang mendorong kepada terhasilnya blog ini. Ikutilah perkembangannya.. semua maklumat di dalam akan dipastikan memberi manfaat kepada semua..

Ia di sini... biologi721.blogspot

Saturday, November 8, 2008

an honour to the blog.. teratakbahagia-kirana


Joe Franko is on the others blog's bloglist. Thank u very much for the honour. Wishing u always happy with ur family and always make ur blog updated.

Monday, October 27, 2008

This is the season..


Hahaha.. Chelsea bungkuih.. kekekeke.. satu oetanda awal.. Liverpool bakal mengakhiri kemarau takhta liga.. Chelsea tewas di stamford bridge

CHELSEA 0 - 1 LIVERPOOL
Sunday 26 October 2008 13:30 , Barclays Premier League

ALONSO FIRES REDS CLEAR AT THE TOP

Liverpool have moved three points clear at the top of the Barclays Premier League after Xabi Alonso's first-half strike gave them a 1-0 victory over Chelsea at Stamford Bridge.

The Spaniard's first goal of the season was enough to maintain the Reds' unbeaten start to the season and brings an end to the Blues' proud home run that had stretched to 86 matches undefeated.

Betapa daku gembira.. betapa daku bahagia... man u kena tinggai 8 point

Tuesday, October 21, 2008

picture tells everything



Aku dah anak dua... suasana bakal meriah di rumahku. Sekarang rumahku masih sepi. Anak bini aku masih di kampung diorang. Anak aku yang sulung dah lincah. Si bongsu baru 2 minggu. Isteri aku dah makin sihat. Alhamdulillah. Malam ni aku ke Muar lagi, jenguk anak bini.. Terkejut betul aku tiket bas rm50.. sama macam raya.. tp aku beli gak le.. rindu anak bini.. heheh.

Monday, October 20, 2008

Joe franko has joined Kelab-Intra


Another move. A step ahead. Joe Franko now has join another community to expand his exposure. Kelab Intra maybe still very new.. still very fresh. Launch on oct18. Even Joe franko itself still dont know what to describe about the club. But to the people who dare.. face the challenge. Kelab Intra is all about a move that could turn u upside down.. a move that really can make a big impact if u really determined..

Friday, October 17, 2008

yang membawa kegembiraan..


hari ini dah 17 oktober.. dah 17 syawal, Farhah dah genap 12 hari.. haa nak tau siapa Farhah, anak aku la tu.. dah dua anak aku sekarang ni.. Alhamdulillah semua sihat dah, dekat 2 minggu dah ni.. aku pun dah dekat 2 minggu tak tengok anak aku.. rindu. Syed Hassan makin memuncak dengan aktiviti ekplorasi dia.. yang tu yang jenuh sebenarnya.. tp apapun aku happy, aku syukur sgt..ini adalah antara satu ni'mat Allah Taala yang tiada tolok banding nilainya... Alhamdulillah. Nama Farhah tu maknanya yang membawa kegembiraan....

Thursday, October 16, 2008

Mengapa mereka membisu..



Mereka menuduh DSAI pakai IMF pada 1997 utk selamat ekonomi, tapi apabila DSAI membidas.. apakah mereka mempunyai kata2 untuk mempertahankan tuduhan mereka. Adakah mereka menyambut cabaran DSAI. Dalam video diatas pada minit ke 3:46 DSAI berkata begini

"Saudara boleh bangkitkan umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak ini cadangan siapa?, ini preskripsi IMF world bank, dan beri satu contoh,jangan guna ini sebagai istilah politik biasa, saya sedia debat soal krisis ekonomi 1997/1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa tetapi dengan syarat bagi ruang, bahawa fitnah besar, seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada preskripsi IMF."

Sendiri ada akal, sendiri boleh pikir mana elok mana tak elok.

bisikbisik : perkataan 'preskripsi' di atas berasal dari perkataan Inggeris 'prescription' . Klik untuk mengetahui maknanya.

Depa kata DSAI ambik duit IMF.. betoi ka?


DSAI jelas siapa melutut kepada IMF

 tranungkite | Semalam, saya (Azmin Ali) bangun dalam Parlimen untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pemimpin UMNO bahawa beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 / 1998.

Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin.

Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.

Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan. Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.

Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF / World Bank ? Penghujahan Dato' Seri Anwar dalam Parlimen semalam dapat menyanggah fitnah dan tuduhan jahat UMNO selama satu dekad yang lalu. Sumber dari No2umno, tranungkite


Tuesday, October 14, 2008

the grand event of the year....



early this month.... awal bulan ini.. di kala syawal menjelma.. ramadan berlalu....
hari raya adalah one of the great event.. but for me.. there is another one.. sesuatu yang amat besar impaknya.. bakal menjadi ingatan sepanjang masa... dan telah berlaku.. telah berlalu lebih kurang 10hari yang lalu.. ia adalah sesuatu yang membawa kegembiraan. Sesuatu yang di tunggu2 penuh debar kini telah tiba.. bukan aku sahaja gembira.. semua di sekelilingku juga gembira...

enjit enjit siput air pasang dalam

Enjit enjit siput
air pasang dalam
adik hendak ikut
hari sudah malam..

inilah pantun klasik yang di dendang oleh seorang wanita tua yang berusia lebih 90tahun dalam usaha beliau mententeramkan seoarng anak kecil yang meronta-ronta mahukan sesuatu. Aku sendiri tak pernah mendengar pantun seumpama itu. Yang aku tau..

enjit enjit semut
sapa sakit naik atas...



kalau orang nyanyi.. diorang ulang tu je sampai abis.. 2 kerat tu je la.

Wanita tua yang dimaksudkan diatas merupakan seorang tukang urut yang telah aku ambik untuk urut isteriku yang baru bersalin. Beliau tidak dilahirkan di Malaysia. Beliau hanya datang ke Malaysia sebelum zaman merdeka mengikuti bapa saudaranya pada usianya sekitar 7 tahun. Beliau berasal dari Solo, Jawa Tengah. Yang menariknya.. beliau menceritakan ketika usianya 6 tahun, beliau pernah mengikuti orang tuanya ke masjid, bersolat yang di imami Wali Songo. Ini lah pertama kali aku mendengar dan bertemu orang yang pernah bersolat dengan Wali songo... bersambung

Saturday, October 4, 2008

Saatnya hampir tiba...

Aku dah semakin suspen.. info terkini yang aku terima dari Muar membuat aku berdebar2.

Rekod perjalanan ke tempat kerja paling jauh

Aku raya 2 hari ja tahun ni.. pastu aku dah start kerja. Raya kedua aku naik bas dari Muar pukul 930malam.. straight ke Butterworth.. pagi esoknya aku berjaya sampai pukul 5.20pagi. Apa yang menariknya.. aku hanya ada 1 jam 40minit saja lagi untuk punch in kat tempat kerja aku.. kalau lebih seminit aku dikira lewat. 5.30 pagi sepupu aku ambik aku kat jeti.. Kereta aku ada kat dia. Aku pi rumah dia.. mandi, solat subuh... settle semua.. aku hanya ada 60minit lagi.. jarak aku dengan tempat kerja masih lebih kurang 12km. Mcmana pun mak menakan aku hidang nasi impit ngan kuah kacang.. ketupat pulut ngan serunding, soru dulu... semua tu 2 tahun dah aku x merasa di hari raya pertama sebab aku raya kat Muar. Fuiyyo.. mmg melepaskan rindu betoi.. kena ketupat pulut ngan serunding.. sapu licin.. Jam dah pukul 630.. aku rilex lagi.. hahaha.. aku mana buleh pi kerja awai.. paling cepat pun awal 10 minit ja.. 640pagi aku calo.. straight naik highway dari sg.dua pi seberang jaya.......sampai kilang.. hahaha.. success punch in pukul brapa pun aku tak ingat tapi sebelum 7.00 pagi.. Rekod perjalanan paling jauh aku pi kerja.. more than 600km

Done!!! Joe Franko has settled with Nokia N8 : 15Months contract

Finally.. rumours in the air.. condensed to a fact.. crystallyzed to a matter. I have land the Nokia N81. news will come soon.. so many things to explore about- my new Nokia N81

Sunday, September 28, 2008

Selamat hari raya semua...

di kesempatan ku ucapkan selamat hari raya untuk semua kenalanku, sahabatku, saudaraku.. maaf zahir batin semoga di hari raya ini kalian berbahagia di samping keluarga.. semoga kalian mendapat rahmat dari Allah SWT.

Thursday, September 25, 2008

tangguh ke 7 oktober

Perbicaraan kes liwat DSAI-Saiful Bukhori ditangguhkan ke 7 oktober. Aku masih kurang ngerti awat pihak pendakwaraya nak transfer kes ni pi Mahkamah Tinggi. Di bawah ni ada video sedikit sebanyak rakaman selepas perbicaraan (sumber: Anwaribrahimblog)

Tuesday, September 23, 2008

23 Sept. the dateline

Tiada sidang tergempar Parlimen... apa langkah seterusnya oleh Pakatan rakyat.. esok perbicaraan Kes Liwat bersambung.. apa saja boleh berlaku. Banyak pihak yang bercakap tentang tukar kerajaan.. yang membantah telahpun menghentam dan terus menghentam.. tipu la, omong kosong la. Manakala yang menyokong terus menyokong dengan positifnya, tak jadi 16/9, tunda 20/9.. tak jadi juga tunda 1 oktober.. kalau tak jadi juga.. tunda lagi.. takpa.. usaha mesti diteruskan. Tapi yang diatas pagar, keyakinan semakin pudar..semakin beralih arah.. mula mempersoalkan kredibiliti Pakatan Rakyat dan DSAI sendiri.

Aku : Lawan Tetap Lawan

koleksi Iklan iklan best Petronas


Macam kita dok tau.. kalau nk raya ka.. merdeka ka.. raya cina ka.. deepavali ka.. selalu org buat iklan kat tv.. tapi mcmana pun iklan petronas selalunya best.. selalu membuat kita tersentuh. hari ni aku jumpa web dia.. iklan lama2 petronas depa boh kat situ.. Mari mengimbau kenangan

Click here.. Arkib iklan2 Petronas

iklan latest kat sini Raya 2008

Monday, September 22, 2008

Joe Franko to land Nokia N81???








Joe franko is now figuring on landing the sleek Nokia N81. Will he made it or not?.. Recently, he was focusing on this model referring it as the solid middle wieght contender of Nokia Nseries.

The price is ranging from RM1150 to RM1599 depending on the warranty coverage. Its core element covered the function of Wifi, 3G (dual camera), 3.5mm audio jack, dedicated keys for music and gaming, and the chritical needs of Symbian OS.

Sunday, September 21, 2008

a new contender has born... CHROME


it is new browser from google.. google chrome

aku dah try.. hangpa bila lagi.. ni ha link dia

Google Chrome For Win XP/vista

mampukah Chrome menewaskan IE, Opera, Safari dan Firefox??

sepatutnya turun.. klu tak turun, apa alasannya??

Harga minyak turun menjelang Hari Raya?

JOHOR BAHRU 20 Sept. – Keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan penurunan harga minyak itu dan menentukan kadarnya.

‘‘Pengumuman penurunan harga itu memerlukan sedikit penyesuaian bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan secara mendadak dalam pasaran,’’ katanya tanpa mahu mengesahkan jika penurunan harga minyak akan dilakukan sebelum Aidilfitri.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Pangsapuri Sri Stulang di sini hari ini.

Shahrir mengulas trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$100 (RM340) setong jika dibandingkan dengan harga pada awal Julai lalu iaitu AS$148 (RM482).

Mengenai perkembangan sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, kerajaan dijangka menentukan kaedah pelaksanaannya selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan mempunyai dua pilihan berdasarkan cadangan oleh syarikat-syarikat minyak dan sebuah syarikat swasta.

“Kami sudah mendapat pandangan daripada syarikat mengenai kaedah pelaksanaan itu, jumlah pelaburan yang diperlukan dan tempoh pelaksanaannya.

“Sebuah syarikat lagi mempunyai cadangan untuk melaksanakannya secara elektronik iaitu kaedahnya berbeza dalam bentuk surcaj,” katanya.- Utusan online

Saturday, September 20, 2008

Terbaru.. lagi tuduhan terhadap DSAI


Alamak.. senangnya depa ni.. tuduh ikut dan.. betoi tak betoi aku pun tak tau la.. tapi depa dok canang satu malaysia (muka depan UTUSAN Malaysia) seolah2 memang sah DSAI tu agen Amerika.. baru ja pak lah kata kat dia jadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara, mai lagi sempoi punya.. 'Amerika perguna Anwar'. Ish.. awat depa ni.. buat lagu ni. Kalau betoi pi tangkap terus.. tapi syaratnya.. bukti kena tunjuk satu malaysia.. kalau depa main tangkap suka2 (pakai ISA).. rakyat malaysia.. bukan nak kata la.. berjuta2 yang sayang DSAI ini.. aku rasa sebaik2 hati rakyat malaysia.. yang paling cukup bersabar di dunia, ada limit juga.. aku rasa ramai yang akan meletup.. meletuskan rasa tak puas hati. Satu lagi.. geng Amerika.. awat depa tu tak dak telinga ka? ni saja dok cari pasai dok heboh sana sini.. kena depa buat geram sekali.. depa sergah sekali.. haa baru la tau langit tinggi ka rendah. Bukan nak kata kita takut kat amerika.. tapi hakikatnya kita kena terima.. kita ni haluih sangat nak compare ngan depa. Aku rasa si menteri yang wat statement ni.. pikiaq habih dah ka nk ckp mcm tu???dah pikiaq habih dah ka.. apa respon rakyat? yg semakin muak dengan propaganda yang bertalu talu di hujani kepada DSAI. Depa pikiaq habih dah ka tuduhan mcm ni kalau la fitnah.. mcmana hubungan diplomasi Malaysia dengan Amerika?? aku teruih terang la.. aku dok pikiaq bila saja pak lah kata anwar adalah satu'ancaman' aku dok nampak dah.. nk kena ISA ka apa ka Anwar Ibrahim ni.. ish naya sungguh kalau kena.. baru gaya nak angkat kepala skit.. depa hampuk dia tengah belakang. Aku doa kepada Allah Taala.. mai la kita pun ramai2 pakat doa.. Ya Allah.. segala pujian hanya untukMU.. engkau Tunjukkanlah siapa yang berada di pihak benar.. engkau hukum la mereka yang tidak habih2 menabur fitnah. Amin ya Rabbal'alamin

Qoute of the day....

“Malaysia is not Umno/BN and Umno/BN is not Malaysia" - Lim Guan Eng on the Pak Lah’s statement that Anwar was a threat to the nation’s security and economy.

Thursday, September 18, 2008

Kenyataan Tegas dari Tuan Guru Haji Hadi

PAS akan sertai perubahan kerajaan dengan syarat Islam memandu
Izwan Abdul Halim
Thu | Sep 18, 08 | 1:31:35 pm MYT

KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam

Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam.

"Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan.

"PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir.

Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima.

"Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya- Berita penuh di sini Harakahdaily

Lega aku tengok statement tegas TGHH ni.. clear di dalam PAS semua tetap terus kukuh bersatu

Berita baik dari PAS tentang isu semasa

PAS tahu senarai MP lompat

Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Wednesday, September 17, 2008

artikel penyejuk hati dari TKO

aku baca artikel ni kemudian makin aku sedar.. bukan senang wei...

100% aku copy dari TKO(tranungkite online)

16 Sept Bijak Mengatur Perancangan ..
Dilulus terbit pada Wednesday, September 17 @ 02:21:03 MYT oleh greenboc

Pendapat Oleh rashitt

"
ASSALAMUALAIKUM..

Apa yang ingin penulis perkatakan didalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis sendiri berdasarkan kepada beberapa kenyataan dan kejadian yang telah berlaku Apabila telah tiba masanya 16Sept ,apa yang diharapkan tidak terjadi namun tidak mustahil akan terjadi,cuma masa yang menentukan.
Apabila disebut peralihan kuasa,sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah hendak dilakukan,tekanan begitu kuat samada dari ahli PR sendiri mahupun pasti tekanan dari pemerintah. Namun begitu kebijaksanaan berpolitik untuk mengatur perancangan adalah kunci utama kepada kejayaan.

Mari kita lihat dan renungkan beberapa perkara ;

1. Tekanan pada Perdana Menteri yang pastinya mahu mempertahankan kuasa yang ada. Pilihan pada Perdana Menteri apabila ada usul untuk peralihan kuasa,hanyalah dua,iaitu membubarkan Parlimen dan mengistiharkan Darurat.
Kita pastilah tidak mahu dua perkara ini berlaku,kerana sekiranya Parlimen dibubarkan,ini akan memakan masa dan banyak perkara perlu difikirkan. Tapi boleh menjadi isu disini,beranikah Perdana Menteri membubarkan Parlimen yang pastinya akan menyebabkan dia semakin parah.
Kedua mengistiharkan darurat akan membolehkan Perdana Menteri berkuasa dan menggunakan akta Darurat untuk memenjara musuh-musuh politiknya.
Namun begitu kedua-dua pilihan yang ada mestilah mendapat berkenan Agong. Tetapi tidak mustahil pendekatan ini boleh berlaku.
Inilah kemungkinan Anwar mahu berjumpa Perdana Menteri untuk mengelakkan dari terjadi dua perkara ini.

2. Mengumumkan senarai nama yang berpaling tadah akan hanya merumitkan lagi keadaan dan bakal membawa tekanan. Jadi bagaimanakah mereka ini boleh selamat dari tekanan yang pastinya datang dari UMNO sendiri. Pilihannya adalah perlu bersama-sama rombongan Anwar untuk mengadap Agong. Secara logiknya,setelah kita berjumpa ketua utama negara,beranikah mereka berpaling tadah
dan kembali kepangkuan UMNO semula?.

3. Mengadap AGONG adalah pilihan terakhir akan dilakukan oleh ANWAR apabila Perdana Menteri tidak mahu membincangkan isu ini. Isunya adakah Agong akan berkenan ?..Disinilah perlunya dibawa bersama ahli-ahli yang berpaling tadah untuk mendapat keyakinan dan berkenan Agong yang akan mengarahkan agar persidangan tergempar Parlimen mesti diadakan seberapa segera untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebenarnya kita mahu mengelak dari terjadi perkara-perkara buruk yang hanya akan merumitkan lagi keadaan.Biarlah proses peralihan kuasa ini dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sengketa.

Namun yang pastinya segala perlaksanaan samada dilakukan dengan bijak atau tidak,ketentuannya adalah disisi ALLAH.

Wassalam."

Tuesday, September 16, 2008

aku sudah kembali ke pengkalan..

pagi ni aku baru sampai.. 3 hari aku balik kampung bini aku.. tak senang duduk aku di buatnya.. bukan apa, media yang ada cuma media 'aliran kerajaan'. Dah la semakin dekat dengan 16 september, ISA lak mengganas.. aku hanya dok tengok TV3(juga popular sebagai tv 3 suku) dan berita hairan.. eh silap eja lak.. berita harian. Tak tahan punya pasal.. dengan telefon koman aku nih.. balun je internet.. risau jugak aku bil nanti berapa hengget nak kena. janji ngan celcom RM8 aku buleh pakai 24jam.. takut depa buat2 lupa janji la.. naya aku.. beratus pulak bil aku. Tapi takpa la.. biaq pi la 16 sept ni bukan kes kecik.. sejarah malaysia.. rugi kalau aku tak follow. Duit kita kira lain la nanti

Thursday, September 11, 2008

Wednesday, September 10, 2008

Dulu minyak brapa hengget hari ni berapa??

Sejarah harga minyak mentah dunia secara mingguan dari December 30, 2005. Sila rujuk di sini http://www.nyse.tv/crude-oil-price-history.htm

how about this????

Read this article.. on anwaribrahimblog. The article was taken from New York Times. There is nothing so special about the article if it wasn't from US. But when you read it on anwaribrahimblog
make sure you finish it then go through the comments. Something big there.. the comment that said about.. you all baca sendiri la, the comment that blasting about the possibility
that may lead to high impact malaysian history here is the link - plane crashed comment >>>click, read and think about that.

Sunday, September 7, 2008

Sebaknya aku dengan cerita ni..


SEREMBAN: Young mother M. Rajeshvari spent 11 agonising months at the Lenggeng Immigration depot for illegals – all because she could not recall her identity card number and was not fluent in Bahasa Malaysia.

The 22-year-old, who was six months pregnant then, was waiting for a relative at a coffeeshop in Brickfields, Kuala Lumpur, when a raiding police party asked to see her identification card. She could not because she had lost it. Worse, she also forgot the IC number.

With only primary school education and speaking a smattering of Bahasa Malaysia, she failed to convince the authorities she was Malaysian. They suspected her to be a Sri Lankan immigrant.

Making matters worse, she could only give the officers sketchy details of her background.

Rajeshvari, who is from Penang and was jobless when she was detained, was later produced in court and eventually sent to the depot in Lenggeng in October last year.

She was unable to seek help from relatives because of estranged family ties. Her family members also did not attempt to look for her.

She was finally released from the detention camp on Friday evening, carrying her 10-month-old son Logekali.

Rajeshvari’s lucky release happened because a staff member at a clinic where Logekali was treated for food poisoning last week had alerted Malaysian Indian Youth Council vice-president Andrew Raju.

“After my arrest, I kept telling the authorities I was Malaysian but no one believed me,” said a tearful Rajeshvari.

Raju, when met outside the depot, said the officers did not pursue her case further as Rajeshvari could not give the right IC number or her parents’ address.

“In the beginning, I also had a hard time checking her out because the information she gave turned out to be dead ends, until she recalled her primary school,” he said.

Raju then contacted the school’s principal in Kampar in Perak, who managed to trace Rajeshvari’s birth certificate number.

Raju then went to the National Registration Department in Putrajaya to get a letter confirming Rajeshvari’s citizenship.

“It has been stressful running around to the various departments. But it is worth it when both mother and son are finally free,” he said.

Rajeshvari said she wanted to put the nightmare behind and start afresh with her baby.



Recalling bad memories: Rajeshvari talking about her experiencat the Lenggeng Immigration depot. With her is her son Logekali and Raju.






Sebak aku tambah bila tgk anak dia.. sebaya anak aku.. tak termampu aku membayangkan kepayahan yang ditanggung si ibu..







Berita asal di sini (thestar online)

Friday, September 5, 2008

Thursday, September 4, 2008

menghitung hari..

hari ni dah 4 september.. setiap hari berlalu di bulan september ni.. penuh debar.. janji Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi taruhan. 16 september.. sesuatu yang pernah terjadi dalam sejarah sebuah negara yang bernama Malaysia. BN mahu ditumbangkan.. tetapi bukan melalui pilihanraya.. tapi penghijrahan beramai-ramai dari BN ke Pakatan Rakyat. Jika benar terjadi maka ini dia protes terhebat rakyat Malaysia. Sesuatu yang menakjubkan.. dari rakyat awam sehingga Ahli parlimen.. say no more BN.. be end. Kuburkan BN yang tak jujur membela rakyat.. yang sanggup lakukan apa saja demi kedudukan dan kuasa. Adakah perlu BN ini diranapkan.. ya amat perlu. Lihat saja eksploitasi harga minyak. Mereka sanggup membebankan rakyat demi untuk kesenangan mereka.. Aah pedulikan status pengeluar minyak.. harga global naik.. kita pun naik.. naik skit watpe.. rugi.. rakyat benci gak. Baik naik banyak.. lagi mcm macam kita leh pusing.. ada la can nk bawak turun harga minyak.. baru nampak mcm prihatin skit.. ini lah yang bermain di firasat aku tentang mainan politik BN.. bersambung.. aku ngantuk daa.. baru lepas sahur ni hahaha

Saturday, August 23, 2008

GEMPAR !!! Lori membawa BANNER HASUT di tahan di Seberang Jaya



Sebuah Lori kapasiti muatan 1 Ton telah di tahan di di Hadapan Hotel Sunway oleh penyokong PKR di ketuai Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar. Penahanan lori itu dibuat di Seberang jaya dan lori tersebut membawa bersama lebih kurang 20 banner/kain rentang berupa hasutan berbaur perkauman.

No lori yang di tahan itu bernombor pendaftaran KY 6627 milik, Dwi Terbilang Enterprise, beralamat Paya Keladi Tengah, 12320 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Banner yang berunsur provokasi dan hasut di temui dan sebahagiannya telah pun di pasang di kawasan Permatang Pauh.

Selanjutnya di no2umno.blogspot.com


Friday, August 22, 2008

BreaKING news-click the link


Pesana Ringkas dari TG Nik Aziz

Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

dicedok dari no2umo.blogspot.com

Sunday, August 17, 2008

Sumpah Saiful bukan cara islam- TG Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Laporan-Mohd Rashidi Hassan
Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Iklan




Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya. _

Thursday, August 14, 2008

this is the birthday..

this is the 28th years of ain

she is the wife..

the partner of me

life partner..

my girlfriend.. always

and now.. she just completed the great one year as a mother.. the mother of the year.. mother of my son.. syed hassan

and now she is ready to deliver my second child.. i m proud of her.. what a great person.. so many great things she has done for me..


i sayang u ain..thank u.. hepi besday

Thursday, August 7, 2008

VCD intro

Wednesday, August 6, 2008

Tuesday, July 29, 2008

Kao B @ Stadium Bandaraya Pulau Pinang


ni dia dari rakaman lensa kamera syed carlos Nazmi



Khalilul and solehin.. tonggak utama Kao B..



Rosni.. paling bersemangat



wan nasri... the attacking striker


satu tangkisan yang menyelamatkan gawang gol penjara dari di bolosi..



Kapten Penjara dan Kao B



stretching... stretching... sebelum game start



Bergambar kenangan kedua2 pasukan.. penjara dan Kao B



ni plak.. rakaman dari lensa kamera aku.. ni ja yg sempat bateri kong plak.. rugi betoi

Barisan bintang bintang Kao B


Striker utama Kao B.. Razmy



The Grand Stand



Keeper Shahrul 'the only one & Masri..Asst. Manager


kapten Kao B.. Fahmi


Di bawah sinaran lampu limpah Stadium Bandaraya Pulau Pinang


saat baru sampai stadium..



ni dia.. pengatur perlawanan.. shamnizul.. makaseh banyak2 la sham.. dapat juga kami main kat stadium


eh.. kasut sapa plak ni,, macam kenai ja


Ini dia bilik persalinan team bola Penang



Score Board... tak menyala pun.. maklum la sewa padang saja.. nasib baik spotlight depa pasang.. heheh



Trek Stadium Bandaraya

Monday, July 28, 2008

Jangan pikir untung dunia sahaja.. akhirat lebih penting

Zaman kini berbagai cara manusia berusaha mendapatkan duit.. ramai yang telah lupa akan hukum hakam di sebabkan pulangan yang dikejar...

apa apa pun untuk menjalankan sesuatu perniagaan, menyertai program MLM dan apa2 saja yang berkenaan.. pertama sekali bukan faktor keuntungan yang harus difikirkan.. tetapi nilailah perjalanan perniagaan itu sama ada ia sah di sisi islam.. tiada unsur GHARAR, RIBA dan JUDI.

baca artikel dari HARAKAHDAILY.NET ini sebagai satu contoh...


Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam
Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat
Fri | Jul 25, 08 | 7:05:40 pm MYT

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.




Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid _

Saturday, July 26, 2008

KAO FC vs Penjara FC @ Stadium Bandaraya Penang


Satu pencapaian terbaik.. kini kami akan bermain di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

MATCH OF THE SEASON

Tarikh : 28 Julai 2008
Hari : Isnin
Masa : 8.45 Malam

masuk free ja.. ahhahaha.. bukan ade penonton pun

Steady Kao B... mesti menang punyalah..

Monday, July 7, 2008

Now.. let it begin

The wave has been bigger and bigger

Alkomputer... Memanfaatkan Teknologi

Get the maximum from the minimum...