Wednesday, September 17, 2008

artikel penyejuk hati dari TKO

aku baca artikel ni kemudian makin aku sedar.. bukan senang wei...

100% aku copy dari TKO(tranungkite online)

16 Sept Bijak Mengatur Perancangan ..
Dilulus terbit pada Wednesday, September 17 @ 02:21:03 MYT oleh greenboc

Pendapat Oleh rashitt

"
ASSALAMUALAIKUM..

Apa yang ingin penulis perkatakan didalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis sendiri berdasarkan kepada beberapa kenyataan dan kejadian yang telah berlaku Apabila telah tiba masanya 16Sept ,apa yang diharapkan tidak terjadi namun tidak mustahil akan terjadi,cuma masa yang menentukan.
Apabila disebut peralihan kuasa,sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah hendak dilakukan,tekanan begitu kuat samada dari ahli PR sendiri mahupun pasti tekanan dari pemerintah. Namun begitu kebijaksanaan berpolitik untuk mengatur perancangan adalah kunci utama kepada kejayaan.

Mari kita lihat dan renungkan beberapa perkara ;

1. Tekanan pada Perdana Menteri yang pastinya mahu mempertahankan kuasa yang ada. Pilihan pada Perdana Menteri apabila ada usul untuk peralihan kuasa,hanyalah dua,iaitu membubarkan Parlimen dan mengistiharkan Darurat.
Kita pastilah tidak mahu dua perkara ini berlaku,kerana sekiranya Parlimen dibubarkan,ini akan memakan masa dan banyak perkara perlu difikirkan. Tapi boleh menjadi isu disini,beranikah Perdana Menteri membubarkan Parlimen yang pastinya akan menyebabkan dia semakin parah.
Kedua mengistiharkan darurat akan membolehkan Perdana Menteri berkuasa dan menggunakan akta Darurat untuk memenjara musuh-musuh politiknya.
Namun begitu kedua-dua pilihan yang ada mestilah mendapat berkenan Agong. Tetapi tidak mustahil pendekatan ini boleh berlaku.
Inilah kemungkinan Anwar mahu berjumpa Perdana Menteri untuk mengelakkan dari terjadi dua perkara ini.

2. Mengumumkan senarai nama yang berpaling tadah akan hanya merumitkan lagi keadaan dan bakal membawa tekanan. Jadi bagaimanakah mereka ini boleh selamat dari tekanan yang pastinya datang dari UMNO sendiri. Pilihannya adalah perlu bersama-sama rombongan Anwar untuk mengadap Agong. Secara logiknya,setelah kita berjumpa ketua utama negara,beranikah mereka berpaling tadah
dan kembali kepangkuan UMNO semula?.

3. Mengadap AGONG adalah pilihan terakhir akan dilakukan oleh ANWAR apabila Perdana Menteri tidak mahu membincangkan isu ini. Isunya adakah Agong akan berkenan ?..Disinilah perlunya dibawa bersama ahli-ahli yang berpaling tadah untuk mendapat keyakinan dan berkenan Agong yang akan mengarahkan agar persidangan tergempar Parlimen mesti diadakan seberapa segera untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebenarnya kita mahu mengelak dari terjadi perkara-perkara buruk yang hanya akan merumitkan lagi keadaan.Biarlah proses peralihan kuasa ini dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sengketa.

Namun yang pastinya segala perlaksanaan samada dilakukan dengan bijak atau tidak,ketentuannya adalah disisi ALLAH.

Wassalam."

No comments: