Monday, October 27, 2008
This is the season..
Hahaha.. Chelsea bungkuih.. kekekeke.. satu oetanda awal.. Liverpool bakal mengakhiri kemarau takhta liga.. Chelsea tewas di stamford bridge
CHELSEA 0 - 1 LIVERPOOL
Sunday 26 October 2008 13:30 , Barclays Premier League
ALONSO FIRES REDS CLEAR AT THE TOP
Liverpool have moved three points clear at the top of the Barclays Premier League after Xabi Alonso's first-half strike gave them a 1-0 victory over Chelsea at Stamford Bridge.
The Spaniard's first goal of the season was enough to maintain the Reds' unbeaten start to the season and brings an end to the Blues' proud home run that had stretched to 86 matches undefeated.
Betapa daku gembira.. betapa daku bahagia... man u kena tinggai 8 point
Tuesday, October 21, 2008
picture tells everything
Aku dah anak dua... suasana bakal meriah di rumahku. Sekarang rumahku masih sepi. Anak bini aku masih di kampung diorang. Anak aku yang sulung dah lincah. Si bongsu baru 2 minggu. Isteri aku dah makin sihat. Alhamdulillah. Malam ni aku ke Muar lagi, jenguk anak bini.. Terkejut betul aku tiket bas rm50.. sama macam raya.. tp aku beli gak le.. rindu anak bini.. heheh.
Monday, October 20, 2008
Joe franko has joined Kelab-Intra
Another move. A step ahead. Joe Franko now has join another community to expand his exposure. Kelab Intra maybe still very new.. still very fresh. Launch on oct18. Even Joe franko itself still dont know what to describe about the club. But to the people who dare.. face the challenge. Kelab Intra is all about a move that could turn u upside down.. a move that really can make a big impact if u really determined..
Friday, October 17, 2008
yang membawa kegembiraan..
hari ini dah 17 oktober.. dah 17 syawal, Farhah dah genap 12 hari.. haa nak tau siapa Farhah, anak aku la tu.. dah dua anak aku sekarang ni.. Alhamdulillah semua sihat dah, dekat 2 minggu dah ni.. aku pun dah dekat 2 minggu tak tengok anak aku.. rindu. Syed Hassan makin memuncak dengan aktiviti ekplorasi dia.. yang tu yang jenuh sebenarnya.. tp apapun aku happy, aku syukur sgt..ini adalah antara satu ni'mat Allah Taala yang tiada tolok banding nilainya... Alhamdulillah. Nama Farhah tu maknanya yang membawa kegembiraan....
Thursday, October 16, 2008
Mengapa mereka membisu..
Mereka menuduh DSAI pakai IMF pada 1997 utk selamat ekonomi, tapi apabila DSAI membidas.. apakah mereka mempunyai kata2 untuk mempertahankan tuduhan mereka. Adakah mereka menyambut cabaran DSAI. Dalam video diatas pada minit ke 3:46 DSAI berkata begini
"Saudara boleh bangkitkan umpamanya, ini pendekatan naik minyak mendadak ini cadangan siapa?, ini preskripsi IMF world bank, dan beri satu contoh,jangan guna ini sebagai istilah politik biasa, saya sedia debat soal krisis ekonomi 1997/1998 dengan pakar ekonomi lain pun tak apa tetapi dengan syarat bagi ruang, bahawa fitnah besar, seperti fitnah berterusan terhadap saya bahawa kita tunduk kepada preskripsi IMF."
Sendiri ada akal, sendiri boleh pikir mana elok mana tak elok.
bisikbisik : perkataan 'preskripsi' di atas berasal dari perkataan Inggeris 'prescription' . Klik untuk mengetahui maknanya.
Depa kata DSAI ambik duit IMF.. betoi ka?
DSAI jelas siapa melutut kepada IMF
tranungkite | Semalam, saya (Azmin Ali) bangun dalam Parlimen untuk mendapatkan penjelasan dari YB Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pemimpin UMNO bahawa beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997 / 1998.
Dakwaan UMNO disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin.
Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan.
Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 mengkehendaki rundingan diadakan. Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta "rescue package" daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar pemimpin UMNO yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Dato' Seri Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu.
Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan "pre-payment" untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF / World Bank ? Penghujahan Dato' Seri Anwar dalam Parlimen semalam dapat menyanggah fitnah dan tuduhan jahat UMNO selama satu dekad yang lalu. Sumber dari No2umno, tranungkite
Tuesday, October 14, 2008
the grand event of the year....
early this month.... awal bulan ini.. di kala syawal menjelma.. ramadan berlalu....
hari raya adalah one of the great event.. but for me.. there is another one.. sesuatu yang amat besar impaknya.. bakal menjadi ingatan sepanjang masa... dan telah berlaku.. telah berlalu lebih kurang 10hari yang lalu.. ia adalah sesuatu yang membawa kegembiraan. Sesuatu yang di tunggu2 penuh debar kini telah tiba.. bukan aku sahaja gembira.. semua di sekelilingku juga gembira...
enjit enjit siput air pasang dalam
air pasang dalam
adik hendak ikut
hari sudah malam..
inilah pantun klasik yang di dendang oleh seorang wanita tua yang berusia lebih 90tahun dalam usaha beliau mententeramkan seoarng anak kecil yang meronta-ronta mahukan sesuatu. Aku sendiri tak pernah mendengar pantun seumpama itu. Yang aku tau..
enjit enjit semut
sapa sakit naik atas...
kalau orang nyanyi.. diorang ulang tu je sampai abis.. 2 kerat tu je la.
Wanita tua yang dimaksudkan diatas merupakan seorang tukang urut yang telah aku ambik untuk urut isteriku yang baru bersalin. Beliau tidak dilahirkan di Malaysia. Beliau hanya datang ke Malaysia sebelum zaman merdeka mengikuti bapa saudaranya pada usianya sekitar 7 tahun. Beliau berasal dari Solo, Jawa Tengah. Yang menariknya.. beliau menceritakan ketika usianya 6 tahun, beliau pernah mengikuti orang tuanya ke masjid, bersolat yang di imami Wali Songo. Ini lah pertama kali aku mendengar dan bertemu orang yang pernah bersolat dengan Wali songo... bersambung