Sunday, September 28, 2008
Selamat hari raya semua...
Thursday, September 25, 2008
tangguh ke 7 oktober
Tuesday, September 23, 2008
23 Sept. the dateline
Aku : Lawan Tetap Lawan
koleksi Iklan iklan best Petronas
Click here.. Arkib iklan2 Petronas
iklan latest kat sini Raya 2008
Monday, September 22, 2008
Joe Franko to land Nokia N81???
Joe franko is now figuring on landing the sleek Nokia N81. Will he made it or not?.. Recently, he was focusing on this model referring it as the solid middle wieght contender of Nokia Nseries.
Sunday, September 21, 2008
a new contender has born... CHROME
it is new browser from google.. google chrome
aku dah try.. hangpa bila lagi.. ni ha link dia
Google Chrome For Win XP/vista
mampukah Chrome menewaskan IE, Opera, Safari dan Firefox??
sepatutnya turun.. klu tak turun, apa alasannya??
Harga minyak turun menjelang Hari Raya?
JOHOR BAHRU 20 Sept. – Keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan penurunan harga minyak itu dan menentukan kadarnya.
‘‘Pengumuman penurunan harga itu memerlukan sedikit penyesuaian bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan secara mendadak dalam pasaran,’’ katanya tanpa mahu mengesahkan jika penurunan harga minyak akan dilakukan sebelum Aidilfitri.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Pangsapuri Sri Stulang di sini hari ini.
Shahrir mengulas trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$100 (RM340) setong jika dibandingkan dengan harga pada awal Julai lalu iaitu AS$148 (RM482).
Mengenai perkembangan sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, kerajaan dijangka menentukan kaedah pelaksanaannya selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.
Beliau berkata, setakat ini kerajaan mempunyai dua pilihan berdasarkan cadangan oleh syarikat-syarikat minyak dan sebuah syarikat swasta.
“Kami sudah mendapat pandangan daripada syarikat mengenai kaedah pelaksanaan itu, jumlah pelaburan yang diperlukan dan tempoh pelaksanaannya.
“Sebuah syarikat lagi mempunyai cadangan untuk melaksanakannya secara elektronik iaitu kaedahnya berbeza dalam bentuk surcaj,” katanya.- Utusan online
Saturday, September 20, 2008
Terbaru.. lagi tuduhan terhadap DSAI
Alamak.. senangnya depa ni.. tuduh ikut dan.. betoi tak betoi aku pun tak tau la.. tapi depa dok canang satu malaysia (muka depan UTUSAN Malaysia) seolah2 memang sah DSAI tu agen Amerika.. baru ja pak lah kata kat dia jadi ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara, mai lagi sempoi punya.. 'Amerika perguna Anwar'. Ish.. awat depa ni.. buat lagu ni. Kalau betoi pi tangkap terus.. tapi syaratnya.. bukti kena tunjuk satu malaysia.. kalau depa main tangkap suka2 (pakai ISA).. rakyat malaysia.. bukan nak kata la.. berjuta2 yang sayang DSAI ini.. aku rasa sebaik2 hati rakyat malaysia.. yang paling cukup bersabar di dunia, ada limit juga.. aku rasa ramai yang akan meletup.. meletuskan rasa tak puas hati. Satu lagi.. geng Amerika.. awat depa tu tak dak telinga ka? ni saja dok cari pasai dok heboh sana sini.. kena depa buat geram sekali.. depa sergah sekali.. haa baru la tau langit tinggi ka rendah. Bukan nak kata kita takut kat amerika.. tapi hakikatnya kita kena terima.. kita ni haluih sangat nak compare ngan depa. Aku rasa si menteri yang wat statement ni.. pikiaq habih dah ka nk ckp mcm tu???dah pikiaq habih dah ka.. apa respon rakyat? yg semakin muak dengan propaganda yang bertalu talu di hujani kepada DSAI. Depa pikiaq habih dah ka tuduhan mcm ni kalau la fitnah.. mcmana hubungan diplomasi Malaysia dengan Amerika?? aku teruih terang la.. aku dok pikiaq bila saja pak lah kata anwar adalah satu'ancaman' aku dok nampak dah.. nk kena ISA ka apa ka Anwar Ibrahim ni.. ish naya sungguh kalau kena.. baru gaya nak angkat kepala skit.. depa hampuk dia tengah belakang. Aku doa kepada Allah Taala.. mai la kita pun ramai2 pakat doa.. Ya Allah.. segala pujian hanya untukMU.. engkau Tunjukkanlah siapa yang berada di pihak benar.. engkau hukum la mereka yang tidak habih2 menabur fitnah. Amin ya Rabbal'alamin
Qoute of the day....
Thursday, September 18, 2008
Kenyataan Tegas dari Tuan Guru Haji Hadi
Izwan Abdul Halim Thu | Sep 18, 08 | 1:31:35 pm MYT | |
KOTA SARANG SEMUT, 18 Sept (Hrkh) - PAS akan tetap menyertai perubahan kerajaan dengan syarat kerajaan itu nanti mestilah dipandu oleh Islam Demikian ditegaskan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa menyampaikan Ceramah Nuzul Quran Dan Penjelasan Isu 16 September di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam. "Sekarang kita dalam usaha membuat perubahan walaupun disebut 16 September, sudah lepas 16 September hari ini. Walaupun sudah lepas, tetapi kita berusaha hendak buat perubahan, perubahan untuk menukar kerajaan. "PAS akan menyertai perubahan kerajaan ini dengan syarat. Syaratnya ialah kerajaan ini mestilah dipandu oleh Islam. Dipandu oleh orang-orang Islam. Ini syarat yang dikenakan oleh PAS," tegas beliau yang disambut dengan laungan takbir. Menurut beliau, jika syarat ini tidak dipenuhi, PAS tidak akan menyertai perubahan tersebut. Pun begitu, katanya, sehingga hari ini PAS melihat tanda-tanda awal bahawa syarat itu hendak diterima. "Tetapi kalau syarat itu tidak diterima, kita teguh dengan prinsip. Kita minta pengikut-pengikut PAS setia dengan perjuangan. Ikut arahan, jangan lari dari jamaah biar apa sekalipun berlaku. Ini tanggungjawab dan kewajipan," tegasnya- Berita penuh di sini Harakahdaily Lega aku tengok statement tegas TGHH ni.. clear di dalam PAS semua tetap terus kukuh bersatu |
Berita baik dari PAS tentang isu semasa
Oleh: Jimadie Shah Othman (malaysiakini)
Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.
Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang.
Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.
Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.
Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.
“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.
Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.
Terdapat wakil MCA,MIC
Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.
Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.
“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.
Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.
“Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.
Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:
“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.
Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.
Strategi politik
Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.
Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.
“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .
Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.
Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.
“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.
Wednesday, September 17, 2008
artikel penyejuk hati dari TKO
100% aku copy dari TKO(tranungkite online)
16 Sept Bijak Mengatur Perancangan ..
Dilulus terbit pada Wednesday, September 17 @ 02:21:03 MYT oleh greenboc
Pendapat Oleh rashitt
"
ASSALAMUALAIKUM..
Apa yang ingin penulis perkatakan didalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis sendiri berdasarkan kepada beberapa kenyataan dan kejadian yang telah berlaku Apabila telah tiba masanya 16Sept ,apa yang diharapkan tidak terjadi namun tidak mustahil akan terjadi,cuma masa yang menentukan.
Apabila disebut peralihan kuasa,sebenarnya bukanlah sesuatu perkara yang mudah hendak dilakukan,tekanan begitu kuat samada dari ahli PR sendiri mahupun pasti tekanan dari pemerintah. Namun begitu kebijaksanaan berpolitik untuk mengatur perancangan adalah kunci utama kepada kejayaan.
Mari kita lihat dan renungkan beberapa perkara ;
1. Tekanan pada Perdana Menteri yang pastinya mahu mempertahankan kuasa yang ada. Pilihan pada Perdana Menteri apabila ada usul untuk peralihan kuasa,hanyalah dua,iaitu membubarkan Parlimen dan mengistiharkan Darurat.
Kita pastilah tidak mahu dua perkara ini berlaku,kerana sekiranya Parlimen dibubarkan,ini akan memakan masa dan banyak perkara perlu difikirkan. Tapi boleh menjadi isu disini,beranikah Perdana Menteri membubarkan Parlimen yang pastinya akan menyebabkan dia semakin parah.
Kedua mengistiharkan darurat akan membolehkan Perdana Menteri berkuasa dan menggunakan akta Darurat untuk memenjara musuh-musuh politiknya.
Namun begitu kedua-dua pilihan yang ada mestilah mendapat berkenan Agong. Tetapi tidak mustahil pendekatan ini boleh berlaku.
Inilah kemungkinan Anwar mahu berjumpa Perdana Menteri untuk mengelakkan dari terjadi dua perkara ini.
2. Mengumumkan senarai nama yang berpaling tadah akan hanya merumitkan lagi keadaan dan bakal membawa tekanan. Jadi bagaimanakah mereka ini boleh selamat dari tekanan yang pastinya datang dari UMNO sendiri. Pilihannya adalah perlu bersama-sama rombongan Anwar untuk mengadap Agong. Secara logiknya,setelah kita berjumpa ketua utama negara,beranikah mereka berpaling tadah
dan kembali kepangkuan UMNO semula?.
3. Mengadap AGONG adalah pilihan terakhir akan dilakukan oleh ANWAR apabila Perdana Menteri tidak mahu membincangkan isu ini. Isunya adakah Agong akan berkenan ?..Disinilah perlunya dibawa bersama ahli-ahli yang berpaling tadah untuk mendapat keyakinan dan berkenan Agong yang akan mengarahkan agar persidangan tergempar Parlimen mesti diadakan seberapa segera untuk mengelakkan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebenarnya kita mahu mengelak dari terjadi perkara-perkara buruk yang hanya akan merumitkan lagi keadaan.Biarlah proses peralihan kuasa ini dapat berjalan dengan lancar tanpa ada sengketa.
Namun yang pastinya segala perlaksanaan samada dilakukan dengan bijak atau tidak,ketentuannya adalah disisi ALLAH.
Wassalam."
Tuesday, September 16, 2008
aku sudah kembali ke pengkalan..
Thursday, September 11, 2008
Wednesday, September 10, 2008
Dulu minyak brapa hengget hari ni berapa??
how about this????
make sure you finish it then go through the comments. Something big there.. the comment that said about.. you all baca sendiri la, the comment that blasting about the possibility
that may lead to high impact malaysian history here is the link - plane crashed comment >>>click, read and think about that.
Sunday, September 7, 2008
Sebaknya aku dengan cerita ni..
SEREMBAN: Young mother M. Rajeshvari spent 11 agonising months at the Lenggeng Immigration depot for illegals – all because she could not recall her identity card number and was not fluent in Bahasa Malaysia.
The 22-year-old, who was six months pregnant then, was waiting for a relative at a coffeeshop in Brickfields, Kuala Lumpur, when a raiding police party asked to see her identification card. She could not because she had lost it. Worse, she also forgot the IC number.
With only primary school education and speaking a smattering of Bahasa Malaysia, she failed to convince the authorities she was Malaysian. They suspected her to be a Sri Lankan immigrant.
Making matters worse, she could only give the officers sketchy details of her background.
Rajeshvari, who is from Penang and was jobless when she was detained, was later produced in court and eventually sent to the depot in Lenggeng in October last year.
She was unable to seek help from relatives because of estranged family ties. Her family members also did not attempt to look for her.
She was finally released from the detention camp on Friday evening, carrying her 10-month-old son Logekali.
Rajeshvari’s lucky release happened because a staff member at a clinic where Logekali was treated for food poisoning last week had alerted Malaysian Indian Youth Council vice-president Andrew Raju.
“After my arrest, I kept telling the authorities I was Malaysian but no one believed me,” said a tearful Rajeshvari.
Raju, when met outside the depot, said the officers did not pursue her case further as Rajeshvari could not give the right IC number or her parents’ address.
“In the beginning, I also had a hard time checking her out because the information she gave turned out to be dead ends, until she recalled her primary school,” he said.
Raju then contacted the school’s principal in Kampar in Perak, who managed to trace Rajeshvari’s birth certificate number.
Raju then went to the National Registration Department in Putrajaya to get a letter confirming Rajeshvari’s citizenship.
“It has been stressful running around to the various departments. But it is worth it when both mother and son are finally free,” he said.
Rajeshvari said she wanted to put the nightmare behind and start afresh with her baby.
Sebak aku tambah bila tgk anak dia.. sebaya anak aku.. tak termampu aku membayangkan kepayahan yang ditanggung si ibu..
Berita asal di sini (thestar online)