Sunday, September 28, 2008

Selamat hari raya semua...

di kesempatan ku ucapkan selamat hari raya untuk semua kenalanku, sahabatku, saudaraku.. maaf zahir batin semoga di hari raya ini kalian berbahagia di samping keluarga.. semoga kalian mendapat rahmat dari Allah SWT.

Thursday, September 25, 2008

tangguh ke 7 oktober

Perbicaraan kes liwat DSAI-Saiful Bukhori ditangguhkan ke 7 oktober. Aku masih kurang ngerti awat pihak pendakwaraya nak transfer kes ni pi Mahkamah Tinggi. Di bawah ni ada video sedikit sebanyak rakaman selepas perbicaraan (sumber: Anwaribrahimblog)

Tuesday, September 23, 2008

23 Sept. the dateline

Tiada sidang tergempar Parlimen... apa langkah seterusnya oleh Pakatan rakyat.. esok perbicaraan Kes Liwat bersambung.. apa saja boleh berlaku. Banyak pihak yang bercakap tentang tukar kerajaan.. yang membantah telahpun menghentam dan terus menghentam.. tipu la, omong kosong la. Manakala yang menyokong terus menyokong dengan positifnya, tak jadi 16/9, tunda 20/9.. tak jadi juga tunda 1 oktober.. kalau tak jadi juga.. tunda lagi.. takpa.. usaha mesti diteruskan. Tapi yang diatas pagar, keyakinan semakin pudar..semakin beralih arah.. mula mempersoalkan kredibiliti Pakatan Rakyat dan DSAI sendiri.

Aku : Lawan Tetap Lawan

koleksi Iklan iklan best Petronas


Macam kita dok tau.. kalau nk raya ka.. merdeka ka.. raya cina ka.. deepavali ka.. selalu org buat iklan kat tv.. tapi mcmana pun iklan petronas selalunya best.. selalu membuat kita tersentuh. hari ni aku jumpa web dia.. iklan lama2 petronas depa boh kat situ.. Mari mengimbau kenangan

Click here.. Arkib iklan2 Petronas

iklan latest kat sini Raya 2008

Monday, September 22, 2008

Joe Franko to land Nokia N81???








Joe franko is now figuring on landing the sleek Nokia N81. Will he made it or not?.. Recently, he was focusing on this model referring it as the solid middle wieght contender of Nokia Nseries.

The price is ranging from RM1150 to RM1599 depending on the warranty coverage. Its core element covered the function of Wifi, 3G (dual camera), 3.5mm audio jack, dedicated keys for music and gaming, and the chritical needs of Symbian OS.

Sunday, September 21, 2008

a new contender has born... CHROME


it is new browser from google.. google chrome

aku dah try.. hangpa bila lagi.. ni ha link dia

Google Chrome For Win XP/vista

mampukah Chrome menewaskan IE, Opera, Safari dan Firefox??

sepatutnya turun.. klu tak turun, apa alasannya??

Harga minyak turun menjelang Hari Raya?

JOHOR BAHRU 20 Sept. – Keputusan sama ada kerajaan akan menurun atau mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, Jemaah Menteri akan membincangkan cadangan penurunan harga minyak itu dan menentukan kadarnya.

‘‘Pengumuman penurunan harga itu memerlukan sedikit penyesuaian bagi mengelak berlaku kekurangan bekalan secara mendadak dalam pasaran,’’ katanya tanpa mahu mengesahkan jika penurunan harga minyak akan dilakukan sebelum Aidilfitri.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Hari Raya kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan orang kurang upaya di Pangsapuri Sri Stulang di sini hari ini.

Shahrir mengulas trend penurunan harga minyak dunia yang kini di bawah paras AS$100 (RM340) setong jika dibandingkan dengan harga pada awal Julai lalu iaitu AS$148 (RM482).

Mengenai perkembangan sistem dua pam di semua stesen minyak di kawasan sempadan, Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, kerajaan dijangka menentukan kaedah pelaksanaannya selewat-lewatnya pertengahan bulan depan.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan mempunyai dua pilihan berdasarkan cadangan oleh syarikat-syarikat minyak dan sebuah syarikat swasta.

“Kami sudah mendapat pandangan daripada syarikat mengenai kaedah pelaksanaan itu, jumlah pelaburan yang diperlukan dan tempoh pelaksanaannya.

“Sebuah syarikat lagi mempunyai cadangan untuk melaksanakannya secara elektronik iaitu kaedahnya berbeza dalam bentuk surcaj,” katanya.- Utusan online