Saturday, August 23, 2008

GEMPAR !!! Lori membawa BANNER HASUT di tahan di Seberang Jaya



Sebuah Lori kapasiti muatan 1 Ton telah di tahan di di Hadapan Hotel Sunway oleh penyokong PKR di ketuai Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar. Penahanan lori itu dibuat di Seberang jaya dan lori tersebut membawa bersama lebih kurang 20 banner/kain rentang berupa hasutan berbaur perkauman.

No lori yang di tahan itu bernombor pendaftaran KY 6627 milik, Dwi Terbilang Enterprise, beralamat Paya Keladi Tengah, 12320 Kepala Batas, Pulau Pinang.

Banner yang berunsur provokasi dan hasut di temui dan sebahagiannya telah pun di pasang di kawasan Permatang Pauh.

Selanjutnya di no2umno.blogspot.com


Friday, August 22, 2008

BreaKING news-click the link


Pesana Ringkas dari TG Nik Aziz

Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

Tuan/Puan,

Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

Saudara/Saudari Sekalian,

Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

Wassalam.

DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

dicedok dari no2umo.blogspot.com

Sunday, August 17, 2008

Sumpah Saiful bukan cara islam- TG Nik Aziz

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian
Laporan-Mohd Rashidi Hassan
Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.
Iklan




Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya. _

Thursday, August 14, 2008

this is the birthday..

this is the 28th years of ain

she is the wife..

the partner of me

life partner..

my girlfriend.. always

and now.. she just completed the great one year as a mother.. the mother of the year.. mother of my son.. syed hassan

and now she is ready to deliver my second child.. i m proud of her.. what a great person.. so many great things she has done for me..


i sayang u ain..thank u.. hepi besday

Thursday, August 7, 2008

VCD intro

Wednesday, August 6, 2008